Setelah hampir setahun tak balik Raub, aku pun balik petang jumaat. Bertolak ke gombak, tunggu bini aku sampai dari ofis dia turun kat LRT gombak, kol 8 baru dia sampai. Penat je aku keluar awal-awal. 2 hours later, sampailah Raub.

Kat sana hulu sket, aku pun kepanasan la sket tade internet. haha. Nak tolong kat dapur, pompuan-pompuan je masak. Laki-laki lain gi menjala ikan, aku tido time tu. Tak ikut gak, last-last dok layan Lie to Me je kat dalam bilik sampai ke petang.

Buka puasa memang happening, aku ni tak biasa ade lebih dari 2 jenis lauk semasa makan or berbuka. Ni macam ade buffet depan mata, makan je la. Yang aku tak try, gulai tempoyak. Kena perli la macam biasa, sorry la. Tak terbuka hati lagi ingin mencoooba.

Malam tadi bertolak lepas berbuka, kena hantar Mak Chik ke Klang, sampai sana dah past midnight, terus tarik selimut situ je la. Pagi ni baru balik rumah lepas drop Mashe kat ofis dia.