Last sunday I received a call from Mus mengajak aku ke Jitra sebab dia nak bertunang. So around 6pm on Friday, I started my long journey to kedah bersama Mashe dan Ane. Sampai kat area Kelana Jaya, yang sentiasa jam petang-petang. *BUMP*. A black myvi kissed my bumper and hit my rear bonnet. R@#^!1236@!#^ Keluar 2 orang muda berbangsa cina dari keter myvi tu, umur baru 19. Lesen P lagi tu. Driver tu nama Edmund, muke blur je (macam Neme), kawan dia baru bangun tido. Aku tanya la depa "Tak nampak ke?!" Kawan dia kata dia tido and the guy said he was sleepy. I was so angry at that time, I froze kejap. Ade brader datang tengok kami accident, suruh jangan gado. Bukan nak gaduh pun, nak suruh dia pegi balai je.



Kami pun pergi balai beso kat PJ, lepas abis buat report, Sarjan Idris pesan "jangan accident kat sana plak, nanti lagi susah". Aku pun doa la tade pape jadi sampai Jitra. Kami sampai jitra around 3am plus - kepenatan.

Pekena Gani Char Kuew Tiaw dulu, baru meningkat jap sebelum tidur. Esok pagi tu pergi carik bengkel nak try bukak bonnet belakang, no luck jugak. Then bertolak ke penang ikut rombongan mamak bertunang.

Bak kata epi, "MAMAK TUNANG NGAN MAMI". Bole panggil Mus "mamu" la nanti, haha. Sampai Penang jumpa Epi, then rendezvous ngan my sister ngan her hubby, Mr.B. Kat rumah faznur kami risau takut depa salah orang, ingatkan Ane tu Mus, Mus tu Ane ke, mane la tau kan. haha. Sib baik takde sapa confuse. Yang paling lawak, kami lepak kat luar, tiba-tiba mak faznur mai, dia gi tepi ane and tunjuk "Ni......... Ane kan?". Hahahaha. Priceless.

Lepas abis berbalas pantun bunga ngan suap gula, makan-makan, gambar-gambar, sume makcik2, pakcik2, kerabat2 nak bergambar ngan Mus yang segak berbaju hitam.

Malam tu faznur belanja kitorang makan tandoori nan Kapitan, memang terbaik. Mus mulanya nak balik terus selepas dipujuk tunang dia pun balik Jelutong ngan kami tido semalam kat rumah Kaklong.

Pagi tadi kami sarapan kat Taman Sardon, pekena nasi lemak ngan sandwich. Selesai makan, kami pun begerak balik KL.

Esok will be a shitty busy day la kot nak kena gi Honda lagi and balai amik report kalau dah siap. Kalau tak kena tunggu je la. Harapnya ade hikmah disebalik kejadian ni sebab mmg rasa nak hempuk mamat yang langgar tu - Allah lebih mengetahui. Tahniah again kepada M & M ( mus and manor ) on their engagement.

Aku 3 hari pakai baju, seluar ngan boxer sebab beg stuck in boot. Camera pun sekali. Only managed to snap a few pics guna phone.