Haih, So penat right now, belakang sakit, tengkok rasa cam nak tercabut, tekak sakit, badan rase nak demam. Semua ade! I just got back from a long trip pegi antar PC adik aku kat KUKTEM ( pahang ). Journey started hari khamis lepas poslaju antar car charger aku. Lepas lunch, aku gerak ke Shah Alam untuk ambil PC adik aku yang sepupu aku pinjam. 2 1/2 hours later aku pun sampai. Alhamdulillah tak sesat. Shah Alam ni banyak sangat roundabout, geram aku.
Sepupu aku tengah tido masa aku sampai, bibik dia yang bukakan pintu since parents dia takde; pegi tunaikan rukun Islam yang terakhir. Aku boring-boring, aku ajak dia jalan-jalan. Kami pegi 1Utama. Sonok gak, menghabiskan masa tengok-tengok barang ngan makan.
Keesokan paginya, aku gerak awal ke Kuantan dari Shah Alam takut jam kat mana. Ade la little traffic congestion kat luar Shah Alam ngan kat Batu Caves. Sampai-sampai Genting Sempah, tempat aku sarapan pagi, aku sedar yang aku just made a huge mistake. Aku lupa monitor adik aku, holy *tut*. Nasib baik Abbas nak tolong ikut aku balik ipoh then bawak monitor tu naik bas. Camner aku leh lupa? 3 minggu lepas, sepupu aku pinjam pc tu, cpu je. Lain semua ade kat Ipoh. Dalam otak aku, aku ingatkkan kena amik PC kat Shah Alam, tak teringat langsung pasal monitor ngan cable2 lain. Bwahaha.
Sampai Kuantan, Abbas dah chop tempat parking untuk aku. Hik hik. Aku lepak jap tunggu adik aku, then Mashittah join kami borak. Petang tu aku pun balik ngan Abbas, dia ajak aku singgah UIA jap. Kami pun pergi mengacau Pan yang sedang exam. Malam tu aku jumpa Haris, Nik ngan Xue (although tak cakap sepatah pun ngan dia).
Pagi sabtu, kami pun chow. Pegi rumah Amin plak, kat Keramat. Dia ajak pegi amik Ammar kat UM so kami pun head to UM tapi Ammar tanak jumpe kami sebab dia ade seminar ape ntah. Busuk tol. So takde arah tujuan yang tetap, kami pegi Plaza Lowyat carik Hanizam.
Petang tu hantar Amin balik, then aku pun zoom balik Ipoh kepenatan.
Note: This is a repost. I will try to post the images in this post later.
© All rights reserved • contact. Powered by late night coffees


