Isnin dah, cepatnye. Baru je rasa macam semalam kalut siap nak balik JB, ambil nenek kat Shah Alam, berkejar ke R&R Seremban nak catch up with Mus, Epi ngan Abu yang baru saja balik tadi.
Kami sampai JB pukul 1 pagi, rumah gelap. Takda letrik, muka nenek dah pucat. Sian tengok dia meraba2 tengok rumah dia gelap, tawaf keliling rumah tengok ape yang tak kena dengan lilin. Meanwhile, juara pecut laju dari
Usain Bolt, Epi yang keje as a chargeman buat wonders by diagnosing yang problemnye ELCB yang terbakar and did a by-pass. Nenek kembali ceria, kami pun lega tak kena tido dalam gelap dengan lilin 7-eleven. Abu bawak nasi wongge dari Ipoh yang sayurnya sudah basi, tapi aku dah lama sangat teringin, ke tepikan and still lahap selambe je.
Jumaat pagi, kami berjalan kaki ke warong 88 tak jauh dari rumah. Balik tu siap-siap pergi YPJ kat Larkin. Mus kena setelkan urusan seri paduka baginda. Balik dari Larkin, kami gi Giant Pelangi plak. Epi nak potong balung dia, mus nak basuh DMax dia and trim rambut sket, nenek gi credit pencen dia, aku ngan abu kacau mus ngan epi gunting rambut sambil makan goreng pisang. Balik dari Giant, Mus gi panjat pokok kelapa nak minum ayak nyok. Dia panjat pokok tu laju dari berok agaknye.
Malam tu kami makan Ayam Penyet kat Cafe Banafe`yang berdekatan ngan New York Hotel joined by Ammar ngan colleague dia.
Sabtu, nenek buat american breakfast dia. Mus menjadi client pertama di meja makan. Siap mandi sume, kemas-kemas rumah, amik periuk besar arwah atuk punye yayon pesan (masak ape la agaknye?), kami bertolak ke rumah zaid kat Ulu Tiram. Kampung zaid tu tade dalam GPS. tsk tsk tsk. Meraba jugak la sebab aku dah ingat-ingat lupa, lama tak pegi.
Zaid kelihatan kurus dari kenduri belah pompuan dulu and his other half seems to have gained a few pounds sket. Terbalik ni. Aku tangkap la gambar sket, datang nak makan je pun - haha.
Balik dari kenduri zaid singgah rumah Snap (Amir) jap then terus balik KL. Singgah banyak sangat buat kami sampai rumah around 7 i think. Malam tu hantar nenek ke Shah Alam. Amin datang tido bermalam to our shock, dapat juga keluar dari reban dia dengan cefiro tak endorsed dia. Tapi kami bangun pagi tengok dia takda. Hilang? Epi kata dia ke genting, aku rasa dia balik rumah je rindu katil. Tapi tinggal beg kat rumah aku.
Pagi semalam Ane datang, terubatlah rindu Mus, terus tak jadi merajuk dah. Kami lunch tu makan kat Saba` joined by Amin. Buat penat je datang dari Keramat nun, elok-elok dah ada kat SK.